Friday, February 20, 2009

ReLax jAp...








Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura kura) nak gi bekelah bersama-sama. Kekura pertama membawa makanan, Kekura kedua membawa minuman, sedangkan Kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun selamber jek lenggang perut.
Didalam perjalanan tiba-tiba ujan pun turun dengan lebat dan derasnya, sehingga mereka tak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka…

Kekura I : ermmm….. salah sekor dari kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pegi ni?
Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III
Kekura III : Tak nak ahhh. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Nanti sure nkorang bedal makanan ni semua.
Kekura II : Takk lah. Kita orang tunggu sampai nko datang.
Kekura III : Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?
Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu
Kekura III : Kalau 3 jam ??
Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu
Kekura III : Kalau 1 hari ??
Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu
Kekura III : 5 hari????
Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu
Kekura III : 1 minggu?
Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu
Kekura III : 2 minggu?
Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu!!!!!!! nko pegi jek lah!!!!!!!!

Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu, Kekura III tak jugak balik balik.
Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar…

Kekura I : Aku dah tak tahan lapar ni . Kita makan jek lah
Kekura II : Aku pun dah nak pensan ni. Jom ahh kiter perabih makanan ni

Tiba-tiba Kekura III muncul dari blakang semak…

Kekura III : Hoii !!!!!!!!!!!!!!! Nasib baik aku belom pegi lagi… kalau tak sure nkorang abiskan makanan ni kan kan??

Sunday, August 24, 2008

ADAB MENDENGAR AZAN


Allahu Akbar!!


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ."semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin. ."

RaHsiA buLan KeLaHiRAn...





Rahsia di sebalik bulan lahir, ianya berdasarkan kajian selama 25 tahun oleh Dato' Fadzilah Kamsah berkaitan sikap manusia. Sejauh mana ketepatan dan kebenarannya, tidaklah diketahui. Semoga anda semua terhibur membaca rahsia bulan lahir anda dan insan di sekeliling anda.

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur, bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selesema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya, cukup sayang pada kanak-kanak, suka duduk di rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI
Berfikiran abstrak, sukakan benda yang realiti dan abstrak, intelligent, bijak dan genius, personaliti yang mudah berubah, mudah menawan orang lain, agak pendiam, pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pada segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yang lasak, emosinya mudah terluka dan sangat sensitif, mudah mempamerkan marahnya, tidak suka benda yang remeh-temeh, suka berkawan tetapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan, ada harapan untuk merealisasikan impiannya, pemerhatian yang tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yang bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pada benda yang tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, perlu belajar untuk mempamerkan emosi


MARCH
Personaliti yang menarik dan menawan, mudah didampingi, sangat pemalu dan pemendam rasa, sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati, sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sangat peka kepada orang lain, sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam, kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dengan hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalam bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jangan terlalu moody.

APRIL
Sangat aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sangat menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yang sangat kuat, suka diberi perhatian, sangat diplomatik (pandai memujuk) dan berkawan, pandai menyelesaikan masalah orang lain, sangat berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, cuba kawal emosi, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yang sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain, berpenyakit di sekitar kepala dan dada, sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MAY
Keras hati dan degil, kuat semangat dan bermotivasi tinggi, pemikiran yang tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian, perasaan yang amat mendalam, cantik dari segi mental dan fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu, bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yang tinggi, permikiran yang tajam, pandai berdebat, fizikal yang baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera, seni dan muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk di rumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros.

JUN
Berfikiran jauh dan berwawasan, mudah ditawan kerana sikap baik, berperangai lemah lembut, mudah berubah sikap, perangai, idea dan moodidea yang terlalu banyak di kepala, bersifat sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dengan segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik, cepat marah dan cepat sejuk, suka bercakap dan berdebat, suka buat lawak dan bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan dan pandai berkawan, orang yang sangat tertib, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati, mudah kena selesema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih dan cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yang tidak terkawal, sesiapa yang memuji adalah musuh, sesiapa yang menegur adalah kawan

JULY
Sangat seronok didampingi, banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, agak pendiam kecuali dirangsang, ada harga dan maruah diri, tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah apabila disusahkan, mudah dipujuk dan bercakap lurus, sangat menjaga hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hatinya, berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan tetapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, membimbing cara fizikal dan mental, sangat peka, caring, pengasih serta penyayang, layanan yang serupa dengan semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yang tajam, suka menilai orang lain melalui pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka megenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk di rumah, suka tunggu kawan tetapi tidak cari kawan, tidak agresif kecuali terpaksa, lemah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kalau tidak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tetapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja

OGOS
Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap orang lain, berani dan tidak tahu takut, orangnya agak tegas dan berkepimpinan, pandai memujuk orang lain, terlalu pemurah dan bersikap ego, nilai harga diri yang sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yang luar biasa, cepat marah dan mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yang tajam dan teliti, cepat berfikir, fikiran yang berdikari, suka memimpin dan dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat ditimpa penyakit, belajar untuk relax, sikap kelam kabut, romantik, pengasih, penyayang, suka mencari kawan

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun dan bertolak ansur, sangat cermat, teliti dan teratur, suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik, pendiam tetapi pandai bercakap, sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati, sangat prihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur, kerja yang dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yang tidak diketahui, orang yang banyak berfikir, daya penaakulan yang baik, otak bijak dan mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi), banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan dan melancong, kurang menunjukkan perasaannya, luka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yang luas, sistematik

OKTOBER'
Suka sembang, suka orang yang sayang padanya, suka ambil jalan tengah, sangat menawan dan sopan santun, kecantikan luar dan dalam, tidak pandai berbohong dan berpura-pura, mudah rasa simpati, baik, pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama, cepat marah, pentingkan diri sendiri, tidak menolong orang kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan orang lain, emosi yang mudah terusik, suka berangan dan pandai bercakap, emosi yang kelam kabut, daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong, bidang sastera dan seni, pengasih ,penyayang dan lemah lembut, romantik dalam percintaan, mudah terusik hati dan cemburu, ambil berat tentang orang lain, suka kegiatan luar, orang yang adil, boros dan mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat .

NOVEMBER
Banyak idea, sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran ke hadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa, pemikiran yang tajam, daya firasat yang sangat halus dan tinggi, bagus untuk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendakkan sesuatu, diusahakan sehingga berjaya, tidak suka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari orang lain, otak yang sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi, apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yang tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dengan hubungan kasih sayang, suka duduk di rumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur, setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah, bersifat patriotik, sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, bercita-cita tinggi, suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi, seronok didampingi, suka bercampur dengan orang, suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, sangat jujur, amanah dan bertolak ansur, tidak pandai berpura-pura, cepat marah, perangai yang berubah-ubah, tidak ego walaupun harga diri sangat tinggi benci pada kongkongan suka berlawak, pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik

Thursday, May 29, 2008

MaRi bERcERitA...

WUDHU' ZAHIR DAN BATIN

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnyakurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata,"Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? "

Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air".Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.
"Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahuddengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.
Salam Ukhwah...

Thursday, April 24, 2008

Health - Important Tips

Answer the phone by LEFT ear.

Do not drink coffee TWICE a day.

Do not take pills with COOL water.

Do not have HUGE meals after 5pm .

Reduce the amount of OILY food you consume.

Drink more WATER in the morning, less at night.

Keep your distance from hand phone CHARGERS.

Do not use headphones/earphone for LONG period of time.

Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning.

Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping.

When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times.

Wednesday, April 9, 2008

just a kn0wledge.....



عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إن الله تجاوزلي عن أمتي الخطأ والنسيان ومااستكرهوا عليه. حديث حسن رواه ابن ماجه والبيهقي وغيرهما.

Daripada Ibnu Abbas r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya Allah telah memaafkan keranaku daripada umatku segala perbuatan yang khilaf, yang lupa dan segala yang dipaksakan ke atas diri mereka – Hadith Hasan yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan al-Baihaqi dan lain-lain lagi.

HURAIAN HADIS:

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, atau nama penuhnya Abdullah bin Abbas; iaitu salah seorang perawi hadis yang termasyhur.
Ibnu Abbas telah meriwayatkan hadis ini dari Rasulullah s.a.w yang bersabda: Sesungguhnya Allah telah memaafkan keranaku daripada umatku segala perbuatan yang khilaf, yang lupa dan segala yang dipaksakan ke atas diri mereka.
Jika hendak dikira kelebihan Nabi Muhammad s.a.w di sisi Allah tentulah begitu banyak sekali. Di antara yang paling terkenal ialah baginda menjadi Nabi dan Rasul yang terakhir, yang tidak ada lagi Nabi dan Rasul selepasnya. Maka kerana itula agama Islam kekal sebagai agama yang sempurna dan yang diredhai Allah, sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quran.
Di antara kelebihan baginda yang lain ialah baginda dijemput naik ke atas langit untuk menerima fardhu sembahyang lima waktu, yang mana pahalanya berbeza-beza dan berganda-ganda, sedangkan untuk syariat yang lain baginda menerimanya dari Allah melalui Jibril a.s.
Dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yang lain, yang bukanlah perbicaraan kita untuk menghitung kelebihan Nabi Muhammad s.a.w. hanya untuk menegaskan bahawa hadis ini ada menyebut perkataan keranaku, iaitu kerana Nabi Muhammad s.a.w maka Allah telah memaafkan dari umat Muhammad segala perbuatan khilaf dan lupa dan segala yang dipaksakan ke atasnya.
Ini juga kerana Nabi Muhammad s.a.w diutamakan, maka umatnya juga mendapat keutamaan dari Allah. Bak kata pepatah, berkawan dengan orang yang terhormat mendapat kehormatan juga.


MUQADDIMAH

Setiap manusia yang hidup di atas muka dunia ini tentu tidak sunyi dari melakukan khilaf dan lupa. Ada yang mengenai urusan dunia, dan yang mengenai urusan akhirat. Kedua-duanya bila berlaku tanpa disengajakan, atau diada-adakan sebabnya, maka kekhilafan dan kelupaan itu dimaafkan.
Demikian pula jika seseorang itu dipaksa atas sesuatu maksiat dan sebagainya, sedang ia tidak ingin mengerjakannya, maka ia dikira samalah seperti tidak melakukan, kerana perkara yang dilakukan itu terkeluar dari kehendaknya sendiri.
Itulah toleransi agama Islam yang mulia, agama yang telah mengatur segala urusan umatnya yang berkaitan dengan dunia dan akhirat dengan keadilan dan kebijaksanaan, sehingga mereka redha terhadap hukum-hukumnya dan menghormati segala perintahnya.


KATEGORI KELAKUAN MANUSIA

Kelakuan manusia terbahagi kepada tiga, iaitu :
Kelakuan yang dibuat dengan sengaja.
Kelakuan yang dibuat dengan tidak sengaja.
Kelakuan yang dibuat dengan dipaksa.

Kelakuan yang dibuat dengan sengaja

Segala perbuatan yang dilakukan dengan niat dan pilihan, sedang pelakunya ingat dan mengetahui tentang baik dan buruk perbuatan tersebut.
Contohnya, seorang peminum arak, pencuri dan penzina yang mengetahui larangan Allah terhadap perbuatan itu, tetapi masih melakukannya dengan hati yang senang, tidak menghiraukan dosanya yang berat, tentulah orang itu ditimpa kecelakaan. Perbuatannya akan menerima kutukan Allah dan ia akan diseksa di akhirat kelak.

Kelakuan yang dibuat dengan tidak sengaja

Segala perbuatan yang dilakukan tanpa didahului oleh niat atau disertai dengan pilihan dikira sebagai perbuatan yang dilakukan secara tidak sengaja.
Contohnya, seorang yang tertidur sehingga habis waktu solat, ataupun yang terlupa solat sehingga terlepas waktunya dikira tidak berdosa kelakuannya. Ini kerana ia tidak disengajakan. Tetapi jika ia memang suka melengahkan solat hingga ia terlupa, maka perbuatan ini adalah berdosa. Sama juga keadaannya dengan seorang yang meminum arak dari sebuah gelas yang disangkakan air minuman dikira tidak berdosa kerana ia terkhilaf.


Kelakuan yang dibuat dengan dipaksa

Segala perbuatan yang dilakukan dengan paksaan, sedangkan orang yang dipaksa itu tiada berdaya untuk melawan atau menentang. Maka perbuatannya tu tidak dapat dikatakan dengan niat atau pilihan diri sendiri, kerana itulah ia dihukumkan tidak berdosa dan terlepas dari seksa Allah.
Contohnya, orang yang dipaksa membuat sesuatu maksiat dengan ugutan jika ia enggan ia akan dipukul atau dibunuh.
Demikianlah penerangan serba ringkas mengenai ketiga-tiga kategori perbuatan manusia, yang mana dua daripadanya terlepas dari tanggungjawab dan dosa, iaitu terlupa atau terkhilaf dan terpaksa. Itulah maksud untuk hadis ini….

Tuesday, April 8, 2008

exam....

tak kurang dua minggu lagi kami as a student usim akan menghadapi final exam....
doakan kami semua dapat dean list...
ameen...